Translate

Rabu, 30 Mei 2012

Jantung


Setiap denyutan jantung melibatkan urutan yang dikenali sebagai “kitaran kardium”. Ia terbagi kepada tiga tahap utama: “sistole atrium” (atrial systole), “sistole ventrikel” (ventricular systole) dan “kardium diastole sepenuhnya”. Sistole atrium merupakan pengucupan atrium dan kemasukan darah ke ventrikel. Apabila darah telah keluar dari atrium sepenuhnya valve atrioventricular, yang terletak di antara atrium dan kamar ventrikular, tertutup. Ini menghalang pengaliran balik darah ke atrium. Bunyi injap tertutup ini menghasilkan bunyi denyutan jantung.
Ventrikular systole terdiri daripada pengucupan ventrikels dan pengaliran darah ke dalam “sistem pengaliran darah”. Apabila darah telah keluar dari jantung, pulmonari dan aortic semilunar valves tertutup. Akhir sekali kardium diastole membabitkan atrium dan ventrikel berehat sebagai persediaan untuk menerima darah baru memasuki jantung.

Aturan kitaran jantung kardium

Otot kardium adalah miogen (myogenic). Ini bererti bahawa berbeda dengan otot rangka  yang memerlukan samaada stimuli sedar atau reflex, otot kardium rangsang sendiri. Pengucupan berirama berlaku sendiri, walaupun rentak frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan atau kesan hormon seperti senaman atau merasa terancam.
Aturan rima pengucupan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggung jawab bagi gelombang stimuli eletrik yang memulakan pengucupan atrium. Apabila gelombang sampai kepada node atrioventrikular, terletak di dinding antara kamar ventrikular, Ia disalirkan melalui His dan menyebabkan pengucupan ventrikle. Masa yang diambil untuk gelombang eletrik sampai ke node ini dari saraf sinoatrial menyebabkan perbezaan kecil antara pengucupan kedua kamar tetapi pada masa yang sama memastikan secara keseluruhan pengucupan berlaku secara serentak bagi seluruh organ jantung.
Jantung yang mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.
Malah, dalam satu perayaan bagi merasmikan sebuah kuil, kaum Aztec telah mengorbankan seramai 80,000 manusia dalam upacara yang memakan masa selama satu minggu, di mana jantung yang dicabut keluar itu diletakkan ke dalam bekas persembahan di mana jantung tersebut terus berdenyut buat beberapa ketika semasa upacara pengorbanan itu berlarutan. (Bilangan korban berbeza-beza menurut sumber yang berlainan.)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar